Sambungkan Mac anda ke internet menggunakan PPPoE

Jika anda menggunakan modem DSL atau kabel untuk bersambung ke internet dan penyedia perkhidmatan internet (ISP) anda menggunakan Protokol Titik ke Titik melalui Ethernet (PPPoE), anda perlu mencipta perkhidmatan rangkaian baharu dan memasukkan maklumat yang anda terima daripada ISP anda.

Sebelum anda bermula

Sediakan perkhidmatan rangkaian PPPoE

  1. Pada Mac anda, pilih menu Apple  > Seting Sistem, kemudian klik Rangkaian dalam bar sisi. (Anda mungkin perlu skrol ke bawah.)

    Buka seting Rangkaian untuk saya

  2. Klik menu timbul Tindakan , kemudian pilih Tambah Perkhidmatan.

  3. Klik menu timbul Antara Muka, kemudian pilih PPPoE.

  4. Klik menu timbul Ethernet, kemudian pilih antara muka untuk perkhidmatan PPPoE: pilih antara muka Ethernet jika anda bersambung ke rangkaian berwayar, atau Wi-Fi jika anda bersambung ke rangkaian wayarles.

  5. Masukkan nama untuk perkhidmatan PPPoE dalam medan Nama Perkhidmatan, kemudian klik Cipta.

  6. Dalam senarai perkhidmatan rangkaian, pilih perkhidmatan PPPoE baharu yang anda baru cipta, kemudian klik butang Butiran.

  7. Masukkan nama perkhidmatan dan nama akaun PPPoE.

  8. Aktifkan “Ingat kata laluan”, kemudian masukkan kata laluan.

  9. Jika anda menerima seting IPv4, IPv6 atau penghala, klik TCP/IP dalam bar sisi, klik menu timbul Konfigurasi IPv4, pilih Secara Manual, kemudian masukkan seting yang anda terima.

  10. Jika anda menerima seting pelayan DNS atau domain carian, klik DNS dalam bar sisi, kemudian masukkan maklumat yang anda terima.

  11. Jika anda menerima seting WINS (Perkhidmatan Nama Internet Windows), klik WINS dalam bar sisi, kemudian masukkan maklumat yang anda terima.

  12. Jika anda menerima seting pelayan proksi, klik Proksi dalam bar sisi, kemudian masukkan maklumat yang anda terima.

  13. Klik PPP dalam bar sisi, kemudian aktifkan atau nyahaktifkan pilihan tersedia mengikut keperluan.

  14. Klik OK.