Tetingkap ini membenarkan anda untuk mengkonfigurasi Header Information Settings (Tetapan Maklumat Pengepala), Auto Answer Settings (Tetapan Auto Jawab) dan Dial Tone Detection Settings (Tetapan Pengesanan Nada Dail) fungsi FAKS pencetak anda.
Nota:
Tetingkap ini dipaparkan semasa anda klik Fax Settings (Tetapan Faks) di dalam FAX Utility (tetingkap utama).
Untuk tetapan selain dari di atas, konfigurasinya pada komputer anda. Untuk mendapatkan butiran, lihat manual pencetak.
Tetapan Maklumat Pengepala
Fax Header (Pengepala Fax) dan Your Phone Number (Nombor Telefon Anda) dimasukkan secara automatik sebagai pengepala untuk faks yang dihantar.
Item
Penerangan
Fax Header (Pengepala Fax)
Masukkan nama penghantar.
Your Phone Number (Nombor Telefon Anda) *
Masukkan nombor faks penghantar.
* Item diperlukan.
Nota:
Untuk maklumat tentang aksara dan jumlah aksara yang boleh dimasukkan, lihat bahagian yang berikut. Aksara Boleh Diterima
Disyorkan untuk pengguna yang jarang menggunakan faks atau yang mahu menerima faks selepas menjawab panggilan telefon dengan telefon yang disambung.
On (Hidup)
Disyorkan untuk pengguna faks kerap. Pencetak menerima faks secara automatik selepas jumlah deringan yang anda tentukan. Pilih ini Ketika anda tidak menyambungkan telefon pada pencetak.
Number of Rings to Answer (Bilangan Deringan untuk Jawab)
Mengkonfigurasi bilangan deringan untuk jawab bagi faks diterima. Jika masa yang lama diset, faks mungkin tidak boleh diterima bergantung kepada tetapan faks penghantar.
Awas:
Jika mesin menjawab panggilan disambungkan pada pencetak, setkan jumlah deringan sebelum pencetak menjawab kepada jumlah yang lebih tinggi untuk mesin menjawab panggilan (tetapan mungkin berbeza mengikut negara). Jika jumlahnya lebih rendah, pemanggil tidak dapat untuk meninggalkan mesej kerana pencetak akan menjawab panggilan dan memulakan terima faks.
Setkan sama ada atau tidak untuk mulakan mendail selepas mengesan nada dail. Fungsi ini membolehkan anda untuk mendail dengan cepat dan menghalang ralat sambungan. Nyah pilihnya ketika anda tidak boleh mendail bergantung pada persekitaran sambungan.
Awas:
Bergantung pada persekitaran, mengosongkan Detect Dial Tone (Kesan Nada Dail) boleh mengeluarkan digit pertama daripada nombor faks, mengakibatkan faks dihantar ke nombor yang salah.