Hanya dipaparkan semasa pencetak (faks) yang menyokong penerimaan PC-FAKS dipilih. Membenarkan anda memilih sama ada untuk menyimpan atau tidak faks yang diterima pada komputer.
Check Fax Connection (Periksa Sambungan Faks)
Semak jika fungsi faks untuk pencetak yang disambung bekerja secara normal.
Fax Settings (Tetapan Faks)
Setkan tetapan pengepala faks dan pelbagai komunikasi faks yang disimpan dalam pencetak.
Speed Dial/Group Dial List (Senarai Dail Laju/Dail Kumpulan)
Simpan atau edit dail laju atau dail kumpulan faks yang disimpan dalam pencetak.
Segerakkan Address Book (Buku Alamat) atau Segerakkan Contacts (Kenalan).
Segerakkan data untuk Address Book (Buku Alamat) atau Contacts (Kenalan) dengan FAX Utility jadi penerima boleh dipilih dari senarai kenalan semasa menghantar faks menggunakan FAX Utility. Jika anda mengemas kini Address Book (Buku Alamat) atau Contacts (Kenalan) selepas penyegerakkan, anda perlu menjalankan fungsi penyegerakkan sekali lagi untuk menggunakan data yang telah dikemas kini dengan FAX Utility.