Menghantar Dokumen yang Dicipta Menggunakan Pemprosesan Data atau Aplikasi Hamparan

Dengan memilih faks pencetak daripada Print (Cetak) menu dari beberapa aplikasi, penghantaran data terus boleh dilakukan seperti dokumen, lukisan dan jadual yang telah anda cipta.
Nota:
Penerangan yang berikut menggunakan TextEdit, aplikasi Mac OS X yang standard sebagai contoh. Operasi sebenar mungkin berbeza bergantung pada aplikasi yang anda gunakan. Untuk butiran, lihat bantuan aplikasi.

Untuk Mac OS X 10.5.x atau kemudian

Menggunakan aplikasi, cipta dokumen untuk dihantar melalui faks.
Klik Print (Cetak) daripada aplikasi anda File (Fail) menu.
Dialog Print (Cetak) aplikasi dipaparkan.
Pilih FAX XXXXXX (pencetak anda) daripada Printer (Pencetak) dan kemudian klik untuk memaparkan tetapan terperinci.
Buat tetapan yang sesuai.
    • Tentukan 1 dalam Copies (Salinan). Walaupun jika anda menentukan 2 atau lebih, hanya satu salinan yang dihantar.
    • Bergantung pada pencetak (faks), faks berwarna mungkin tidak tersedia untuk saiz kertas yang lebih besar dari A4, Letter atau Legal.
    • Anda boleh menghantar sehingga 100 halaman dalam satu penghantaran faks.
Pilih Fax Settings (Tetapan Faks) dan buat tetapan yang sesuai.
Untuk penerangan pada setiap tetapan, lihat bantuan pemacu PC-FAKS. Anda boleh memaparkan bantuan pemacu dengan mengklik ? di skrin bawah kiri selepas memilih Fax Settings (Tetapan Faks).
Pilih Recipient Settings (Tetapan Penerima) dan tentukan penerima.
Tentukan penerima (nama, nombor faks dan sebagainya) secara terus:
Masukkan maklumat yang perlu dalam seksyen Add (Tambah) dan kemudian klik +. Penerima ditambah pada Recipient List (Senarai Penerima) dipaparkan di bahagian atas dialog.
Nota:
Jika anda telah memilih Enter fax number twice (Masukkan nombor faks dua kali) dalam PC-FAX tetapan pemacu, anda perlu memasukkan nombor yang sama sekali lagi.
Jika talian faks yang disambung memerlukan awalan akses luaran, masukkan awalan dalam kotak External Access Prefix (Awalan Akses Luaran).
Nota:
Jika pencetak anda mempunyai tetapan talian PBX dan telah diset untuk guna # (cincangan) selain daripada memasukkan kod awalan yang tepat, masukkan # (cincangan).
Memilih penerima (nama, faks nombor dan sebagainya) daripada Address book (Buku alamat) atau Contacts (Kenalan):
Jika penerima disimpan dalam buku alamat, klik . Pilih penerima daripada senarai, klik Add (Tambah) dan kemudian OK.
Jika talian faks yang disambung memerlukan awalan akses luaran, masukkan awalan dalam kotak External Access Prefix (Awalan Akses Luaran).
Nota:
Jika pencetak anda mempunyai tetapan talian PBX dan telah diset untuk guna # (cincangan) selain daripada memasukkan kod awalan yang tepat, masukkan # (cincangan).
Semak tetapan penerima dan klik Fax (Faks).
Klik Fax (Faks) untuk memulakan penghantaran. Pastikan nama dan nombor faks penerima adalah betul sebelum menghantar.
Nota:
  • Klik ikon pencetak dalam Dock (Dok) untuk memaparkan status transmisi. Untuk menghentikan penghantaran, pilih data yang dihantar dan kemudian klik Delete (Padam).
  • Jika berlaku ralat semasa transmisi, mesej ralat dipaparkan. Semak rekod transmisi daripada tetingkap Fax Transmission Record (Rekod Transmisi Faks).
    Memeriksa / Memadam Rekod Transmisi
    Senarai Ralat Transmisi
  • Dokumen yang mengandungi beberapa saiz kertas yang berbeza mungkin tidak akan dihantar dengan betul.

Untuk Mac OS X 10.4.x

Menggunakan aplikasi, buat dokumen untuk dihantar melalui faks.
Klik Page Setup (Persediaan Halaman) dari menu File (Fail) aplikasi anda.
Dialog Page Setup (Persediaan Halaman) aplikasi dipaparkan.
Pilih FAX XXXXXX (pencetak anda) dari Printer (Pencetak), buat tetapan yang sewajarnya dan kemudian klik OK.
Nota:
Bergantung pada pencetak, pemfaksan berwarna mungkin tidak tersedia untuk saiz kertas yang lebih besar daripada A4, Letter, atau Legal.
Klik Print (Cetak) dari menu File (Fail) aplikasi anda. Dialog Print (Cetak) aplikasi dipaparkan.
Pilih FAX XXXXXX (pencetak anda) dari Printe (Pencetak), dan kemudian buat tetapan yang sewajarnya.
    • Tentukan 1 dalam Copies (Salinan). Walaupun jika anda menentukan 2 atau lebih, hanya satu salinan yang dihantar.
    • Anda boleh menghantar sehingga 100 halaman dalam satu penghantaran faks.
Pilih Fax Settings (Tetapan Faks) dan kemudian buat tetapan yang sesuai.
Untuk penerangan pada setiap tetapan, lihat bantuan pemacu PC-FAKS. Anda boleh memaparkan bantuan pemacu dengan mengklik ? di skrin bawah kiri selepas memilih Fax Settings (Tetapan Faks).
Pilih Pilih Recipient Settings (Tetapan Penerima) dan kemudian tentukan penerima.
Tentukan penerima (nama, nombor faks dan sebagainya) secara terus:
Masukkan maklumat yang perlu dalam seksyen Add (Tambah) dan kemudian klik +. Penerima ditambah kepada Recipient List (Senarai Penerima) dipaparkan di bahagian atas dialog.
Jika talian faks yang disambung memerlukan awalan akses luaran, masukkan awalan dalam kotak External Access Prefix (Awalan Akses Luaran).
Nota:
Jika pencetak anda mempunyai tetapan talian PBX dan telah diset untuk guna # (cincangan) selain daripada memasukkan kod awalan yang tepat, masukkan # (cincangan).
Memilih penerima (nama, nombor faks dan sebagainya) daripada buku alamat:
Jika penerima disimpan dalam buku alamat, klik . Pilih penerima daripada senarai, klik Add (Tambah) dan kemudian OK untuk menutup tetingkap senarai.
Jika talian faks yang disambung memerlukan awalan akses luaran, masukkan awalan dalam kotak External Access Prefix (Awalan Akses Luaran).
Nota:
  • Jika pencetak anda mempunyai tetapan talian PBX dan telah diset untuk guna # (cincangan) selain daripada memasukkan kod awalan yang tepat, masukkan # (cincangan).
  • Untuk butiran tentang bagaimana menyimpan penerima dalam bukut alamat, lihat bantuan buku alamat.
Semak tetapan penerima dan klik Print (Cetak).
Klik Print (Cetak) untuk memulakan penghantaran. Pastikan nama dan nombor faks penerima adalah betul sebelum menghantar.
Nota:
  • Klik ikon pencetak dalam Dock (Dok) untuk memaparkan status transmisi. Untuk menghentikan penghantaran, pilih data yang dihantar dan klik Delete (Padam).