Menyemak Status Fungsi FAKS Pencetak Anda

Anda boleh menyemak sama ada fungsi FAKS pencetak anda berfungsi secara normal. Keputusan ujian dicetak sebagai laporan. Jika masalah ditemui, semak maklumat di dalam laporan untuk menyelesai masalah.
Pastikan pencetak disambungkan.
  • Pencetak mestilah disambungkan ke komputer anda melalui USB atau rangkaian.
  • Pencetak mesti disambungkan ke talian telefon dan mesti boleh menghantar/menerima faks tanpa bersambung ke komputer. Untuk mendapatkan butiran, lihat manual pencetak.
Muatkan kertas biasa A4 atau Letter (bergantung pada negara/rantau) ke dalam pencetak.
Mula FAX Utility.
Pilih FAX XXXXXX (pencetak anda) daripada Printer (Pencetak) dan kemudian klik Check Fax Connection (Periksa Sambungan Faks).
Semak maklumat dalam dialog dan kemudian klik Start (Mula).
Semakan bermula dan keputusan dipaparkan di dalam tetingkap. Laporan juga dicetak keluar. Jika masalah ditemui, semak maklumat di dalam laporan untuk menyelesai masalah.
Nota:
Jika fungsi keselamatan terdapat pada pencetak anda yang membenarkan pentadbir mengehadkan pengguna dari mengubah tetapan faks pencetak, kata laluan perlu dimasukkan untuk meneruskan.