Mendaftar atau Mengedit Dail Laju dan Dail Kumpulan

Anda boleh mendaftar atau mengedit faks dail laju atau dail kumpulan untuk pencetak anda.
Anda boleh memasukkan nombor faks dengan senang semasa menghantar faks dari pencetak selepas mendaftar dail laju. Dalam satu operasi anda boleh menentukan beberapa penerima selepas mendaftar dail kumpulan.
Nota:
Dail kumpulan tidak boleh di konfigurasi sebelum dail laju didaftarkan.
Mula FAX Utility.
Pilih FAX XXXXXX (pencetak anda) daripada Printer (Pencetak) dan kemudian klik Speed Dial/Group Dial List (Senarai Dail Laju/Dail Kumpulan).
Senarai dail laju/dail kumpulan disimpan dalam pencetak anda akan dipaparkan.
Nota:
Jika fungsi keselamatan terdapat pada pencetak anda yang membenarkan pentadbir mengehadkan pengguna dari mengubah tetapan faks pencetak, kata laluan perlu dimasukkan untuk meneruskan.
Untuk mencipta entri baharu, pilih garisan yang kosong. Untuk mengedit entri yang sedia ada, pilih kemasukan yang ingin diedit.
Kemudian dwiklik garisan atau tekan kekunci Enter untuk membuka dialog edit.
Nota:
  • Untuk memadam entri yang sedia ada, pilih kemasukan yang anda ingin dipadamkan dan tekan kekunci padam atau klik menu Edit dan kemudian klik Delete (Padam). Walau bagaimanapun, memadam dail kumpulan tidak akan memadam dail laju yang menjadi kumpulan.
  • Entri dail laju atau dail kumpulan yang dilindungi tidak boleh diedit atau dipadamkan.
Konfigurasi dail laju atau dail kumpulan.
Mengkonfigurasi dail laju:
Pilih Speed Dial (Dail Laju), masukkan Name/Group Name (Nama/Nama Kumpulan), Index Word (Kata Indeks), Fax Number (Nombor Faks) dan Fax Speed (Kelajuan Faks) dan kemudian klik OK. Dail laju yang di konfigurasi telah ditambah ke Speed Dial/Group Dial List (Senarai Dail Laju/Dail Kumpulan).
Nota:
  • Jika sistem telefon anda memerlukan awalan akses luaran seperti 0 atau 9 untuk talian luar, masukkan awalan pada permulaan nombor faks. Jika pencetak anda telah diset untuk guna # (cincangan) selain daripada memasukkan kod awalan yang tepat, masukkan # (cincangan).
  • Kelajuan faks diset untuk setiap entri dail laju hanya digunakan semasa menghantar faks secara terus dari pencetak. FAX Utility mengabaikan tetapan dan kelajuan faks yang diset digunakan pada pencetak.
Mengkonfigurasi dail kumpulan:
Pilih Group Dial (Dail Kumpulan), masukkan Name/Group Name (Nama/Nama Kumpulan) dan Index Word (Kata Indeks), pilih kotak semak dail laju yang ingin ditambah kepada dail kumpulan dan kemudian klik OK. Dail kumpulan yang di konfigurasi telah ditambah ke Speed Dial/Group Dial List (Senarai Dail Laju/Dail Kumpulan).
Nota:
Index Word (Kata Indeks) dan Fax Speed (Kelajuan Faks) mungkin tidak tersedia bergantung pada pencetak.
Selepas melengkapkan semua tetapan, klik .
Paparan dail laju dan dail kumpulan dalam senarai akan disimpan pada pencetak.