Untuk melihat maklumat ini kemudian, klik menu Apple, kemudian pilih Seting Sistem. Dalam Seting Sistem, klik Umum, klik Perihal, kemudian klik Keselamatan & Pengendalian. Untuk mengetahui tentang menggunakan MacBook Pro, semak *MacBook Pro Getting Started Guide* dalam app Petua atau pergi ke [support.apple.com/guide/macbook-pro](https://support.apple.com/guide/macbook-pro/welcome/mac). Lihat “Safety, handling, and regulatory information” dalam *MacBook Pro Getting Started Guide* untuk mendapatkan maklumat tambahan. #### Elakkan Kerosakan Pendengaran Untuk mengelakkan kemungkinan kerosakan pendengaran, jangan dengar pada paras kelantangan tinggi untuk masa yang lama. Maklumat lanjut tentang bunyi dan pendengaran tersedia dalam talian di [apple.com/sound](https://www.apple.com/sound/). #### Gangguan Peranti Perubatan MacBook Pro mengandungi magnet yang mungkin mengganggu peranti perubatan. Lihat “Important safety information” dalam *MacBook Pro Getting Started Guide*. #### Pendedahan Haba Berpanjangan MacBook Pro anda mungkin menjadi sangat panas semasa penggunaan normal. Penting untuk meletakkan MacBook Pro anda pada permukaan kerja yang keras, stabil dan diudarakan dengan baik semasa penggunaan atau pengecasan. Gunakan logik akal untuk mengelakkan situasi yang badan anda bersentuhan secara berpanjangan dengan peranti atau penyesuai kuasanya apabila ia dikendalikan atau disambungkan ke sumber kuasa, kerana sentuhan berterusan dengan permukaan panas mungkin mengakibatkan ketidakselesaan atau kecederaan. Beri penjagaan khusus jika anda mempunyai keadaan fizikal yang memberi kesan ke atas kebolehan anda mengesan haba ke atas badan. #### Maklumat Kawal Selia Maklumat pensijilan kawal selia tersedia pada peranti. Klik menu Apple, pilih Perihal Mac Ini, kemudian klik Sijil Kawal Selia. Maklumat kawal selia tambahan berada dalam “Safety, handling, and regulatory information” dalam *MacBook Pro Getting Started Guide*. #### Pematuhan ENERGY STAR® ![Label Energy Star](Energy_Star_label.png) Sebagai rakan kongsi ENERGY STAR, Apple telah menentukan bahawa konfigurasi standard produk ini memenuhi garis panduan ENERGY STAR untuk kecekapan tenaga. Program ENERGY STAR ialah kerjasama dengan pengeluar peralatan elektronik untuk mempromosikan produk cekap tenaga. Mengurangkan penggunaan tenaga produk menjimatkan wang dan membantu memelihara sumber berharga. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ENERGY STAR, pergi ke [energystar.gov](https://www.energystar.gov). Komputer ini dihantar dengan pengurusan kuasa didayakan dengan komputer disetkan untuk tidur selepas 10 minit tiada aktiviti pengguna. Untuk membangunkan komputer anda, klik trackpad atau tekan sebarang kekunci pada papan kekunci. #### Maklumat Pembuangan dan Kitar Semula ![Label pembuangan sampah elektronik](WheelieBin_logo_thin_5mm_042017.png) Simbol di atas bermakna menurut undang-undang dan peraturan tempatan produk anda dan/atau baterinya mesti dilupuskan secara berasingan daripada sisa buangan rumah. Apabila produk ini mencapai akhir hayatnya, bawanya ke pusat pengumpulan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan. Pengumpulan dan kitar semula produk anda dan/atau baterinya secara berasingan pada masa pelupusan akan membantu memelihara sumber semula jadi dan memastikan ia dikitar semula dalam cara yang melindungi kesihatan manusia dan alam sekitar. Untuk mendapatkan maklumat tentang program kitar semula, tempat pengumpulan kitar semula, bahan terlarang dan inisiatif alam sekitar Apple lain, lawati [www.apple.com/my/environment](https://www.apple.com/my/environment/). #### Bateri Terbina Dalam dan Pengecasan Bateri terbina dalam hanya sepatutnya digantikan atau dibaiki dengan mengikuti arahan dalam manual pembaikan Apple untuk mengelakkan kerosakan bateri, yang boleh menyebabkan panas melampau, kebakaran atau kecederaan. Pembaikan yang dilakukan tanpa mengikuti arahan tersebut atau menggunakan komponen tidak serasi mungkin mempengaruhi keselamatan dan fungsi peranti. Bateri terbina dalam mesti dikitar semula atau dibuang berasingan daripada sisa buangan rumah. Lupuskan bateri mengikut undang-undang alam sekitar dan garis panduan tempatan anda. Untuk mendapatkan maklumat tentang pengitaran semula dan penggantian bateri, pergi ke [www.apple.com/my/batteries/service-and-recycling/](https://www.apple.com/my/batteries/service-and-recycling/). Untuk mendapatkan maklumat tentang pengecasan, lihat “Important safety information” dalam *MacBook Pro Getting Started Guide*. #### Perjanjian Lesen Perisian Penggunaan MacBook Pro anda membentuk penerimaan syarat lesen perisian Apple dan pihak ketiga yang ditemui di [apple.com/legal/sla](https://www.apple.com/legal/sla/). 110725 SH-MY