#### Ringkasan Waranti Terhad Satu Tahun Apple Apple menjamin produk perkakasan dan aksesori yang disertakan daripada kecacatan bahan dan mutu buatan untuk satu tahun dari tarikh asal pembelian runcit. Apple tidak menjamin ke atas kehausan dan lusuh biasa, atau kerosakan disebabkan oleh kemalangan atau penyalahgunaan. Untuk memperoleh servis, hubungi Apple atau lawati Apple Store atau Penyedia Khidmat Sah Apple—pilihan servis tersedia bergantung kepada negara tempat servis diminta dan mungkin terhad kepada negara asal ia dijual. Caj panggilan dan caj penghantaran antarabangsa mungkin dikenakan, bergantung kepada lokasi. Tertakluk kepada syarat penuh dan maklumat terperinci tentang perolehan servis tersedia di [apple.com/legal/warranty](https://www.apple.com/legal/warranty/) dan [support.apple.com/en-my](https://support.apple.com/en-my), jika anda menghantar tuntutan sah di bawah waranti ini, Apple sama ada akan membaiki, menggantikan, atau mengembalikan bayaran peranti perkakasan anda menurut budi bicaranya sendiri. Faedah waranti adalah tambahan kepada hak disediakan di bawah undang-undang pengguna tempatan. Anda mungkin perlu memberikan bukti terperinci pembelian apabila membuat tuntutan di bawah waranti ini. 011626-1 WAR-MY