
Jika anda menerima pemberitahuan bahawa storan dalam Mac ini memerlukan servis, ini bermakna ralat Pemacu Keadaan Pepejal (SSD) telah dikesan.
SSD dalam Mac termasuk perkakasan Teknologi Pemantauan Sendiri, Analisis dan Laporan (S. M. A. R.T.). Teknologi ini mengesan blok memori kilat yang telah berhenti berfungsi dengan betul. Masalah tersebut tidak boleh dibetulkan menggunakan Utiliti Cakera atau sebarang app pihak ketiga yang lain.
Sandarkan sebanyak mungkin data pada SSD menggunakan Time Machine.
Hubungi Apple atau Penyedia Khidmat Sah Apple untuk servis. Pembaikan yang dilakukan oleh individu tidak bertauliah atau menggunakan bahagian Apple tidak asli mungkin menjejaskan keselamatan dan fungsi peranti.